The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Monday, August 08, 2011

GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-5

Singboy menang lagi tapi diberi tentangan sengit!

Dua hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan, pusingan kelima GAB Super Compact 2011 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Seperti pusingan-pusingan yang lalu, penyertaan penuh 20 kereta  untuk GAB Super Compact  menunjukkan kualiti dan kuantiti penyertaan dari pelumba-pelumba baru dan lama.
Meskipun begitu, menjelang hari perlumbaan, hanya 19 kereta yang dapat menghadirkan diri. Terdapat masalah teknikal yang melanda kereta yang ke 20.
Pada permulaan Heat 1, Zahid Latiff yang memandu kereta Hairil meluru laju memintas kesemua pelumba. Beliau mendahului sehingga pusingan ketiga bila kereta yang dipandunya mengalami masalah enjin yang kronik dan terpaksa menamatkan saingan perlumbaan.

Selepas pusingan ketiga, Logeswaran atau Singboy mendahului perlumbaan dengan diikuti rapat oleh Syazril Amri, Mohd Afiq dan Shahrul Muzamri (Bob Gomeh). Bob mengalami nasib malang apabila cermin hadapan kereta beliau pecah akibat hentakan batu yang melantun dari kereta lain di hadapan beliau. Catatan masa Bob 1:27.771 saat merupakan catatan masa terbaiknya dalam GAB Super Compact sehingga kini.

Tidak jauh dibelakang mereka pelumba yang tidak asing lagi iaitu  Roduwan Rashid (Chepot) sedang bersaing rapat dengan pendatang baru Gab Super Compact Mohd Lana Adha. Lana mempamerkan aksi perlumbaan yang amat baik meskipun ini merupakan perlumbaan pertama beliau. Masa terpantas yang dicatatkan Lana pada Heat 1 iaitu 1:29.825 saat memang dikategorikan antara yang kompetitif untuk GAB Super Compact. Lana memperbaiki catatan masa terbaiknya pada Heat 2 dengan masa 1:28.143 saat, tetapi terpaksa menamatkan saingan pada pusingan ketiga kerana masalah enjin.
Pada Heat 2, Singboy yang memulakan perlumbaan di petak pertama mendahului Amri dan mereka berdua saling bertukar kedudukan perlumbaan dalam sesi saingan yang rapat dan sengit. Afiq yang berada ditempat ketiga tidak begitu tergugat kedudukannya kerana Chepot yang berada di kedudukan keempat berada lebih 10 saat dibelakang.

Zul Zharif (cikgu) memaparkan peningkatan dalam perlumbaan beliau apabila berjaya mempamerkan aksi konsisten pada kedudukan kelima dan masa terpantas 1:31.035. Ditempat keenam Noor Zaharuthul (Kutoi) berjaya menamatkan perlumbaan walaupun mengalami masalah teknikal pada kotak gear.
Suasana pit GAB Super Compact

Peserta GAB Super Compact sibuk menyediakan kereta masing-masing sebelum perlumbaan.

Kedudukan tidak berubah sehingga pusingan akhir dimana Singboy berjaya mengekalkan rentak kemenangan ketiga beliau dalam perlumbaan Gab Super Compact  2011.

Nantikan pusingan ke-6 yang lebih menarik saingan GAB Super Compact 2011 pada 9hb September 2011!

CM.

No comments: