The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Friday, June 24, 2011

GAB Super Compact 2011 -Temuramah bersama Azian Tunang Kutoi


Azian tunang Kutoi telah datang ke Litar Antarabangsa Sepang pada 11hb JUN yang lalu semata-mata untuk menyaksikan dan memberikan sokongan kepada tunangan beliau berlumba dalam GAB Super Compact pusingan ke -4 yang lalu.

Friday, June 17, 2011

Pusingan ke-4 GAB Super Compact 2011- Lapuran perlumbaan

Walaupun ketiadaan juara bertahan K.Perajun pada pusingan kali ini (kerana ibu kepada T. Francis Xavier, tuan punya kereta, telah meninggal dunia), saingan dan aksi perlumbaan tetap memaparkan aksi-aksi mendebarkan.

Dari mula perlumbaan semasa pra kelayakan ('Heat' 1), Sing Boy (K.Logesvaran) telah mula mengalami masalah enjin. Walaupun begitu, beliau masih mampu untuk meletakkan kereta beliau pada kedudukan nombor satu untuk perlumbaan pusingan akhir ('Heat' 2).

Semasa 'Heat' 1, beberapa kereta telah mengalami masalah teknikal. Antaranya Shairazi Izhar, yang pernah menduduki tempat kedua pada pusingan pertama yang lalu. Pada awal permulaan, Shairazi dilihat mendahului pelumba-pelumba lain menuju ke selekoh pertama. Tetapi apabila perlumbaan memasuki pusingan kedua, kereta Razee mula perlahan dan seterusnya berhenti di selekoh yang pertama akibat kegagalan enjin keretanya berfungsi.

Kereta Hanizam Samsudin, yang dilihat mampu menduduki tiga tempat teratas pada sesi latihan, juga mengalami masalah teknikal. Hj.Zam tidak dapat meneruskan saingan akibat kerosakan yang kronik pada bahagian pemacu tayar depan.

Mohd Aizat, Amirul dan juga Anwar Punandir tidak dapat meneruskan saingan kerana kerosakan enjin.

Pada permulaan perlumbaan akhir ('Heat 2'), Mohd Afiq yang bermula di petak kedua meluru ke hadapan dengan permulaan yang baik sekali sehingga ke selekoh pertama, diekori rapat oleh Iskandar Fitri, Sing Boy, Roduwan Rashid dan Nor Zaharuthul.

Masuk pusingan kedua, Sing Boy telah memintas Afiq untuk mendahului perlumbaan, apabila kereta Kutoi (Nor Zaharuthul) pula mengalami kebocoran enjin dan memaksanya berhenti di selekoh pertama. Kereta Kutoi telah mengalami kebakaran di bahagian enjin, dan tindakan pantas beliau menggunakan pemadam api telah berjaya menyelamatkan kereta beliau dari dijilat api.

Perlumbaan dihentikan untuk memindahkan kereta Kutoi dan membersihkan minyak yang tumpah dari kereta Kutoi.

Setelah perlumbaan dimulakan kembali, Sing Boy, Afiq, Zahid latif (Hairil Anuar) sekali lagi bersaing menuju ke selekoh pertama diekori rapat oleh Yuszaidi (Ahmad Zambri), Muhammad Tarmizi, Roduwan dan Iskandar Fitri.

Iskandar Fitri telah terbabas dikala bersaing kedudukan dan menyebabkan beliau tercicir ke kedudukan di belakang. Sing Boy yang telah mendahului mula menjarakkan kedudukan dari Afiq dan Zahid yang bersaing ditempat kedua dan ketiga sehingga akhir perlumbaan.

Perlumbaan GAB Super Compact kali ini memang menyaksikan peningkatan kemampuan dikalangan pelumba-pelumba. Saingan juga bertambah sengit, dan para pelumba baru semakin memahami bahawa berlumba di litar memerlukan disiplin dan keyakinan diri yang tinggi, bukan bantuan teknologi semata-mata.

CM.

Thursday, June 16, 2011

Penyampaian Hadiah Pemenang GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-4


Majlis penyampaian hadiah kepada tiga pemenang utama GAB 2011 pusingan keempat pada 11hb JUN 2011 yang lalu di Litar Antarabangsa Sepang.

CM.

Sidang Akhbar GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-4


Sidang Akhbar pemenang-pemenang GAB Super Compact 2011 pusingan ke-4.

CM.

Thursday, June 09, 2011

Temuramah eksklusif dengan Roduwan Rashid aka Chepot.


Temuramah ekslusif dengan Saudara Roduwan Rashid. Sedikit tentang latar belakang beliau dalam sukan lumba kereta di Malaysia, pandangan beliau tentang GAB Super Compact Saturday Night Fever serta pandangan dan nasihat berguna untuk pelumba-pelumba baru yang baru hendak menceburkan diri dalam siri perlumbaan GAB Super Compact Saturday Night Fever.

CM.

Tuesday, June 07, 2011

Budaya Ciplak

Teramat sedih bila difikirkan kenapa budaya ciplak semakin menular di Malaysia. Ini termasuklah dalam setiap bidang terutama bidang sukan permotoran. Compactmotorsports ini sebagai contoh, telah diciplak oleh individu tertentu yang menggunakan nama yang sama. Untuk menegakkan benang yang basah, kononnya untuk menyatukan. Bukankah apa yang mereka lakukan itu sebenarnya memecah-belahkan lagi?

Compactmotorsports ini, yang asal dan bermula dengan nama Forum Lumba Kompak, diilhamkan oleh penulis (Muhammad Jefri Bin Jamaludin) untuk menanamkan sukan berlumba dikalangan peminat-peminat kereta kompak semenjak tahun 2005. Dengan hasrat ini, memang niat untuk membantu kerajaan Malaysia memajukan sukan permotoran, dari akar umbi. Bukan untuk menaikkan nama individu tertentu atau nama penulis sendiri.

Walaupun mempunyai minat yang amat mendalam terhadap dunia perlumbaan kereta, penulis sedar di Malaysia hanya golongan tertentu yang mempunyai kemampuan sahaja yang mampu untuk berlumba secara professional. Dalam masa yang sama bakat-bakat terpendam yang wujud dikalangan rakyat Malaysia begitu ramai sekali.

Tetapi malangnya, hasrat murni, pengorbanan ikhlas penulis, telah diciplak dan di khianati oleh individu yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri. Penulis telah di perangkap dan dikhianati sebegitu licik sekali sehingga orang-orang yang sepatutnya dipercayai telah terpengaruh untuk mengkhianati perjuangan penulis.

Mengapa ciplak? Kerana ingin mengambil jalan mudah atas usaha dan idea orang lain untuk mendapat nama dan keuntungan cepat. Boleh diibaratkan menciplak hasil intelek orang lain sebagai lanun. Dalam kes compactmotorsports, lanun siber telah menciplak nama dan konsep compactmotorsports, untuk kepentingan individu tertentu. Begitu murah sekali harga diri mereka yang menciplak dan meniru ini.

Sesungguhnya menciplak itu ibarat mencuri, dan dosa mencuri itu hanya diampunkan oleh Allah SWT sekiranya yang menciplak menghentikan perbuatannya dan meminta maaf kepada yang punya idea. Janganlah ada hendaknya yang terpedaya dengan lanun penciplak.

CM.