The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Wednesday, April 27, 2011

GAB Super Compact 2011 Pusingan Ketiga. Keputusan Perlumbaan.

Perlumbaan Pertama (Heat 1)





Perlumbaan Kedua (Heat 2)

GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-3 Bhg.1


Suasana dalam pit GAB Super Compact sebelum bermulanya perlumbaan sebenar, di Litar Sepang.

Sunday, April 24, 2011

Pemenang Muka Baru, Perlumbaan Penuh Aksi!

Nombor satu V.Logesvaran, nombor dua Mohd Yuszaidi, nombor tiga Mohd Firdhaus Muhli. Piala kemenangan disampaikan olen Pengurus Teknikal GAB, Encik Raven.

Pusingan ketiga GAB Super Compact 2011 telah menyaksikan banyak kejadian luar jangkaan.

Juara Super Compact Championship dua kali, K. Perajun gagal menamatkan perlumbaan seawal pusingan pertama akibat masalah teknikal kepada kereta lumba beliau.

T.Francis Xavier, pemilik kereta dan ketua mekanik kereta yang dipandu Perajun berkata, masalah lama yang berlaku pada tahun 2007 dahulu telah menghantui kembali. Pada tahun tersebut, Perajun dicabar hebat oleh Syazril Amri Abdul Rahman yang memandu kereta lumba Kancil milik Haji Hanizam Samsudin.

Kini pada tahun 2011 pula, sedang Perajun dicabar hebat oleh K.Logesvaran (Sing Boy), masalah itu timbul kembali.

Dalam kemenangan yang seolah-olah telah dijangka dari awal oleh beberapa pihak, kemenangan Sing Boy dianggap oleh beliau sendiri sebagai kurang kemanisannya kerana ketiadaan saingan dari Perajun.

Persediaan kereta Sing Boy nyata mengejutkan banyak pihak, bak kata Hj. Hanizam ('Zam 216'), "Dah macam kereta Super GT tu!".

Namun begitu, saingan dari pelumba lain tidak kurang juga hebatnya.

Semangat juang yang tinggi dari kebanyakan pelumba, terutamanya pemenang tempat kedua Mohd Yuszaidi Supangat, yang baru pertama kali menyertai perlumbaan GAB Super Compact ini harus diberikan pujian. Walaupun diasak hebat oleh Mohd Firdhaus Muhli dan Hj. Hanizam pada pusingan kedua, beliau masih mampu bertahan, meskipun kereta lumba milik Hj. Hanizam jelas lebih pantas.

Hj. Hanizam kurang bernasib baik kali ini, kerana masalah tayar depan sebelah kiri kereta beliau yang hampir tertanggal pada pusingan pertama. Pun begitu, pada pusingan kedua Hj.Zam yang bermula di petak paling akhir (petak ketiga belas) masih mampu mengejar peserta-peserta lain sehingga hampir berjaya menaiki podium. Hj Hanizam menduduki tempat keempat pada akhir perlumbaan.

Mohd Firdhaus Muhli ('Apai'), berjaya menaiki podium pada tangga ketiga. Nyata sekali penambahbaikan pada kereta lumba beliau pada pusingan ketiga ini nyata berbaloi sekali.

Kedua-dua pelumba tajaan minyak pelincir Blue.Sky, Mohd Afiq Mohd Zulkifli ('Afiq')dan Shairazi Izhar juga tidak kurang kepantasan mereka. Afiq, yang menggunakan tayar perlumbaan ("Full Slick"), menunjukkan permulaan yang baik, tapi oleh kerana masalah tayar tersebut pada pusingan pertama, telah menyebabkan beliau hilang rentak untuk bersaing dihadapan.

Shairazi Izhar ('Razee') melakukan kejutan apabila mendahului di selekoh pertama pada pusingan pertama. Terjahan berani beliau meninggalkan peserta-peserta lain jauh di belakang. Sasaran Razee untuk memperbaiki catatan masa peribadi terbaik beliau tercapai, iaitu 1 minit 28.014 saat yang dicatatkan pada perlumbaan pertama.

Nor Zaharuthul Bin Roslan ('Kutoi') mengalami nasib malang apabila pada perlumbaan pertama, cermin depan kereta beliau pecah akibat hentakan batu yang melantun dari kereta lain semasa berlumba.

Tindakan pantas JDM Carshop dan krew berjaya menukar cermin kereta Kutoi untuk sempat berlumba pada perlumbaan kedua. Cermin kereta Azizul Fazli Abdul Razak ('Champkitty', Pemilik JDM Carshop) telah dibuka untuk mengganti cermin kereta Kutoi yang pecah.

Iskandar Fitri Baharuddin telah memperbaharui catatan masa beliau dengan amat ketara sekali. Pada perlumbaan pertama catatan masa terbaik Fitri adalah 1 minit 35.996 saat, tetapi pada perlumbaan kedua catatan masa terbaik beliau adalah pada 1 minit 31.486 saat! Perbezaan masa 4 saat!

Mohd Zaki Mat Hassan ('Aki') juga telah memperbaiki catatan masa pada 1 minit 34.946 saat. Aki berazam untuk mempertingkatkan lagi kereta lumba beliau pada perlumbaan yang akan datang.

Pendatang baru GAB Super Compact, Nazren Ramli dan Muhamad Zul Zharif Bin Supangat juga mempamerkan catatan masa yang agak baik. Kedua-dua pelumba ini menunjukkan semangat perlumbaan yang tinggi, dan mereka menyatakan untuk memperbaiki lagi persiapan perlumbaan.

Bagi Mohd Nazron bin Razali ('Pranas' Double X Garage), saingan beliau berakhir pada perlumbaan pertama apabila beliau mengalami masalah enjin. Pun begitu Nazron telah mempamerkan pemanduan yang mantap untuk bersaing dengan pemandu-pemandu GAB Super Compact lain yang lebih berpengalaman.

Mohd Faizal Bin Nordin ('Jan' Sakura) dan Anwar Punandir ('Nuex' JDM Carshop) rata-rata bersaing sesama sendiri sepanjang perlumbaan pertama dan kedua. Jan yang memandu kereta 1.0 liter NA, dan Nuex enjin turbo dengan kotak gear automatik, sentiasa memberikan saingan sesama mereka.

Pelumba berpengalaman, Roduwan Rashid, dihampakan oleh kerosakan enjin pada perlumbaan pertama. Roduwan ('Chepot') yang bermula pada petak terakhir, petak lapan belas, telah memintas banyak kereta pada awal perlumbaan. Tetapi apabila timbul masalah enjin, beliau terpaksa memasuki pit dan menyebabkan perlumbaan beliau terjejas.

Mohamad Rizuwan B. Mohd Noraini ('Along', Rayyan Motorsport) mengalami nasib yang sama seperti Chepot apabila enjin kereta beliau telah kehilangan satu omboh, disebabkan oleh palam pencucuh yang patah sebelum perlumbaan bermula.

Nantikan peningkatan dan saingan yang lebih hebat dan luar jangkaan GAB Super Compact 2011 pusingan keempat pada 11hb JUN nanti!

CM.

Thursday, April 21, 2011

GAB Super Compact 2011 Pusingan ketiga.

Tinggal dua hari saja lagi sebelum pusingan ketiga GAB Super Compact 2011 akan bermula. Kehangatan bahang dan suhu bengkel-bengkel, para pelumba dan kumpulan masing-masing jelas terasa meningkat sekali ganda.

Kalau pergi jenguk sekarang, anda akan dapat perhatikan betapa seriusnya para pelumba GAB Super Compact mempersiapkan kenderaan masing-masing.

Tidur lewat malam sampai ke pagi sehingga hari perlumbaan adalah perkara biasa. Darah memang senang menyirap, kalau ada sikit pun kesalahan.

GAB Super Compact pusingan pertama
Diharap para pelumba dapat menenangkan diri masing-masing, dapatkan rehat yang cukup, terutama sekali kalau nak cabar Perajun (Perajun Krishnan). Tapi sekarang bukan setakat Perajun, ada lagi dua atau tiga orang yang anda kena ambil kira sebelum dapat kejar Perajun!

Yang penting bila kita berlumba dalam GAB Super Compact ni, kita mesti 'enjoy', jangan terlampau fikirkan soal kemenangan. Tahun pertama adalah tahun untuk belajar selok-belok perlumbaan dilitar.

Para peminat dan penyokong, jangan lupa datang ke Litar Sepang malam Sabtu ini 23hb APRIL untuk menyaksikan kehebatan pelumba-pelumba GAB Super Compact. Anda tidak akan hampa!

CM.

Monday, April 18, 2011

Pentingnya Laluan Yang Terang

Memandu pada waktu malam sememangnya memerlukan penumpuan yang lebih. Jalan yang gelap menyukarkan pemandu untuk melihat jauh ke depan. Bagaimana pula kalau berlumba diwaktu malam?

Pemasangan lampu depan kereta yang amat terang akan banyak membantu seseorang pelumba apabila berlumba diwaktu malam.

Salah seorang pelumba GAB Super Compact Saturday Night Fever Challenge Series (pelumba baru) telah membuat keputusan bijak dengan memperolehi sepasang lampu depan Kancil beliau yang menyerupai lampu kristal kereta mewah.

Dipercayai beliau mendapat idea ini setelah melihat salah seorang pemilik dan pelumba Super Compact yang berpengalaman menggunakan jenis lampu yang sama pada pusingan yang lalu.

Lampu jenis kristal yang boleh didapati di kedai aksessori

Lampu jenis kristal ini memantulkan cahaya pada kadar yang maksimum, dan memberikan kadar cahaya yang amat baik, sekiranya digunakan mentol jenis Halogen H4 ataupun HID.

Kadar cahaya yang amat tinggi diperlukan seseorang pelumba apabila mengambil selekoh, terutamanya selekoh yang tajam. Ia juga memberikan keyakinan yang tinggi untuk pelumba melalui selekoh-selekoh tersebut pada kelajuan maksimum, sekaligus memperbaiki masa setiap pusingan semasa berlumba.

Ini juga bermakna kedudukan yang amat baik dalam kedudukan keseluruhan ('track position') semasa berlumba.


Penggunaan mentol H4 atau HID memantapkan lagi cahaya pemanduan
CM.

Sunday, April 17, 2011

Thursday, April 14, 2011

GAB Super Compact 2011 (Pusingan Ketiga, 23hb APRIL) - Berita Terkini


Temuramah dengan Afiq dan Razee mengenai persiapan dan sasaran masing-masing untuk pusingan ketiga nanti. Juga pendapat Alang tentang perlumbaan GAB Super Compact.

Thursday, April 07, 2011

The original and official compactmotorsports

We don't claim to provide an avenue or organize any event for any F1 aspirants (though as a starter series for any Touring Car series could be a possibility). We are the original compactmotorsports, a platform originated and based in Malaysia for all Kei Car/KCar fans worldwide, where they can truly enjoy exchanging ideas in developing their 660cc machine to the limit, racing in a safe and sanctioned event. More importantly, we aim to provide an affordable alternative for young aspiring race drivers from the masses to have a proper racing start to their dream of becoming a professional racing driver.

We know there are fans of this category emerging from Europe and North America. In view that the Japanese bases are mostly catered to the Japanese speaking fans, compactmotorsports will do its best to assist the fans whose mother tongue are not Japanese. We hope to compliment the Japanese Kei Car race organizers, car clubs and fans in Japan in order to share the excitement that can be found only in racing these fantastic micro machines for the other part of the world.

This compactmotorsports is original and official, not imitation, and of Malaysian origin.

CM.