The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Tuesday, May 24, 2011

Juara Sebenar - Bakat Berlumba atau Bantuan Teknologi?

Kebolehan seseorang pelumba diukur dari kebolehannya mengawal kereta lumbanya dan juga melaraskan kereta itu untuk setiap perlumbaan yang disertainya.

Walaupun tahap tertinggi perlumbaan iaitu Formula 1 telah memperkenalkan KERS ('Kinetic Energy Recovery System'), kebanyakan pelumba Formula 1 masih memilih untuk memenangi setiap perlumbaan tanpa menggunakan KERS.

Untuk perlumbaan Super Compact, bantuan teknologi seperti NOS, 'Scramble Boost, ' Traction Control' dan 'Launch Control' telah di haramkan sejak siri ini diperkenalkan lagi pada tahun 2006.

Contoh 'Sequential Boost Controller' dari HKS yang digunakan untuk 'Scramble Boost'

Selaras dengan tujuan untuk melahirkan juara yang berkualiti, siri perlumbaan Super Compact Championship mensasarkan keupayaan individu untuk belajar kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk berlumba secara kompetitif dari mula berlumba, bukannya belajar berlumba dengan bersandarkan kepada teknologi-teknologi yang boleh dibeli.

Kelahiran seorang juara yang berkualiti dari Super Compact Championship, seperti K.Perajun, akan memberi satu azam yang kuat dari setiap bakal pelumba Super Compact untuk menyaingi beliau, yang tidak disangkal mempunyai bakat semulajadi dalam perlumbaan kereta.

K.Perajun atau Perajun Krishnan, yang telah menjuarai siri perlumbaan Super Compact pada tahun 2006 dan 2007, telah berjaya mencipta nama dalam siri perlumbaan kereta yang lebih besar kapasitinya. Beliau juga tidak keberatan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelumba-pelumba baru untuk menjadi pelumba yang lebih handal dan boleh menjadi juara sepertinya.

Perlu diingat bahawa untuk menjadi seorang juara yang berkualiti, seseorang pelumba perlu mempunyai saingan berlumba yang menggunakan kereta-kereta lumba yang mempunyai keupayaan yang lebih kurang sama atau sama sepenuhnya. Dari sini kita boleh mengadili dengan lebih tepat lagi kualiti seseorang juara yang dihasilkan, samada bakat semulajadi, atau bakat yang dibeli.

CM.

No comments: