The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Thursday, February 02, 2012

Super Compact Championship 2012

Kepada pelumba-pelumba yang ingin berlumba dalam Super Compact Championship tahun ini 2012, sila email kepada saya profile team dan drivers masing-masing ke: bestariauto@yahoo.com.

Setiap kategori akan dihadkan kepada 12 team atau 24 peserta sahaja. Priority akan diberikan mengikut team yang awal menghantar profile masing-masing. Terima kasih.



CM.

Thursday, December 08, 2011

Pengumuman Penting.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, GAB Super Compact tidak akan menyertai perlumbaan Saturday Night Fever Challenge Series lagi, bermula pada pusingan ke 8 pada hari Sabtu ini 10hb Disember 2011.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sila hubungi 013-3761555 (Jefri) untuk keterangan lanjut.

Terima kasih.

Due to unforeseen circumstances, GAB Super Compact will not be participating in Saturday Night Fever Challenge Series anymore, starting from round 8 this Saturday 10th December 2011.

We are sorry for any inconvenience caused.

Please call 013-3761555 (Jefri) for further clarification.

Thank you.

Inquiries: 013-3761555 (Jefri)


CM.

Thursday, December 01, 2011

Compactmotorsports menjalinkan usahasama dengan Verv Exclusive




Pada 16 November 2011, Compactmotorsports (www.compactmotorsports.com) telah menjalinkan satu usahasama serta telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Verv Petroleum (M) Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah kilang pengeluar Minyak Pelincir terkenal di Malaysia iaitu VERV Lubricants.

Saya ingin mengumumkan bahawa Compactmotorsports telah Berjaya menjalinkan satu usahasama dengan pihak Verv Exclusive (Malaysia’s Automotive Community). Pihak Verv bersetuju membantu Compactmotorsports dari segi penajaan acara dan aktiviti Compatmotorsports. Persefahaman ini dijalinkan atas rundingan rasmi oleh Kevin Raj (C.E.O Verv Petroleum Sdn Bhd), Zafir Wong (Verv Marketing Head of Department) dan saya, Muhammad Jefri Bin Jamaludin selaku Pengasas dan pemilik Compactmotorsports.

Dengan usahasama ini, pihak Verv akan memberi diskaun kepada semua yang terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Compactmotorsports, keatas semua pembelian minyak pelincir keluaran syarikat itu. Selain daripada itu, peserta juga akan mendapat faedah yang disediakan oleh pihak Verv, dimana faedah-faedah yang diberi adalah:

* Pembelian terus dari Verv akan memberikan anda 5%-20% diskaun untuk minyak pelincir tertentu.
* Setiap pembelian minyak pelincir Verv, anda juga akan dapat 'oil filter' berjenama BOSCH secara percuma!
* Dapatkan Diskaun dari pusat servis panel Verv untuk upah perkhidmatan.
* Penghantaran terus pintu ke pintu secara percuma ke seluruh negara.
* Hadiah percuma bagi setiap pembelian. contohnya, baucer petrol/membeli-belah/ barangan, bergantung kepada promosi bulanan.
* Peringatan melalui perkhidmatan sms untuk jadual penyelenggaraan dan rekod.
* Pelbagai jenis minyak pelincir untuk semua jenis kenderaan.
* Juru runding dan nasihat percuma bagi perkara berkaitan servis kenderaan.



Semoga dengan usahasama yang terjalin ini dapat memberikan satu kelebihan buat Compactmotorsports dan semua peserta aktiviti compactmotorsports khususnya. (www.compactmotorsports.com)


Setiap peserta boleh mendapatkan minyak pelincir diatas dengan menghubungi
talian Hotline Verv: 1300-88-VERV(8378)



CM.

Thursday, October 27, 2011

Super Compact Track Day Details.



Atas permintaan ramai, siapa yang bayar RM250.00, satu kereta dibenarkan ada dua pemandu untuk Super Compact Track Day ini.

Siapa berminat kena cepat, sebab tempat hanya terhad untuk 60 kereta kompak sahaja.

Jangan lepaskan peluang yang sangat best ini!

CM.

Monday, October 03, 2011

Super Compact Track Day

Semangat kesukanan yang tinggi, keberanian yang jitu serta semangat berlumba yang membara.

Tetapi sebelum itu kena ada perancangan dan cara yang betul untuk bermula.

Oleh itu, sertai kami di Super Compact Track day pada 12hb November 2011, yang akan diadakan dari pukul 12 tengahari hingga 2.00 petang di Litar Antarabangsa Sepang. Khas untuk kereta-kereta kategori 'K-Car'. Yuran penyertaan adalah RM250.00 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jefri di talian 013-3761555.
Terima kasih.


Saturday, September 10, 2011

GAB Super Compact 2011.

GAB Super Compact tahun 2011 pada hakikatnya adalah tahun pengenalan dan persiapan untuk kejohanan taraf Kelab AAM untuk tahun depan, 2012. Terdapat banyak ketidaksamaan dan kelonggaran dari segi teknikal dan keupayaan enjin yang sengaja dibiarkan supaya para pendatang baru boleh belajar cara berlumba dengan lebih berkesan lagi.

Dari erti kata lain, tahun 2011 adalah untuk para pelumba GAB Super Compact yang baru untuk mempelajari selok-belok berlumba dengan memperbaiki kebolehan dan kemahiran berlumba, bukan menyandarkan kemenangan kepada keupayaan jentera.

Oleh itu, setiap pencapaian atau kedudukan yang dilihat sebagai "kemenangan" dalam setiap pusingan GAB Super Compact 2011 adalah dianggap sebagai pencapaian latihan atau keputusan tidak rasmi untuk Super Compact. Ini adalah kerana setiap jentera yang bertanding dalam GAB Super Compact tahun ini mempunyai keupayaan yang tidak sama, dan spesifikasi teknikal yang TIDAK membenarkan persaingan secara adil.

Tahap isipadu enjin yang berbeza, pengubahsuaian enjin bebas, pemakaian jenis tayar yang berbagai jenis termasuklah ada yang memakai tayar perlumbaan penuh ("full slick"), tidak menggambarkan saingan yang sebenar.

Sehingga peraturan baru Super Compact yang akan dikuat kuasakan bermula Januari 2012, yang banyak menyerupai kejohanan MSS Super Compact pada tahun 2006 dan 2007, sekali lagi ditegaskan disini bahawa pencapaian masa dan kemenangan dalam GAB Super Compact 2011 adalah berdasarkan latihan dan pengenalan semata-mata.

Harap Maklum.

CM.

Tuesday, September 06, 2011

8 Syawal 1432 Hijrah

Hari ini 8 Syawal 1432 Hijrah. Sudah seminggu Hari Raya Aidilfitri kita sambut. Ada yang gembira, berjumpa sanak saudara di kampung. Namun ada jugak yang dilanda dugaan. Demam!

Yang dilanda virus demam dan yang seangkatan dengannya terpaksalah bersabar sehingga demam kebah untuk sambung raya. Walau apa pun pengalaman yang kita harungi semasa Aidilfitri ini, hargailah ia seadanya. Tak perlu kita mengeluh kerana itu semua adalah cobaannn!

Hari Jumaat ini, 9hb September 2011, jangan lupa kita ada perlumbaan GAB Super Compact SNF 2011 pusingan ke 6. Rumah terbuka juga akan diadakan sebelum perlumbaan bermula. Jika sesiapa yang ingin membawa ole-ole raya, dialu-alukan!

Kita jumpa di Litar Sepang Jumaat ini. Pakai baju raya!


CM.

Friday, August 26, 2011

Ramadhan Akan Meninggalkan Kita...

Sedar atau tidak kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Sudahkah kita memenuhi tuntutan wajib dan sunat yang menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini?

Tepuk dada, tanyalah selera. Dengan berbaki tiga atau empat hari lagi ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang hanya datang sekali dalam setahun ini untuk menambah pahala amal ibadat yang kita kadangkala alpa untuk memenuhinya.


CM.

GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-5, Pecahan masa individu mengikut sektor.



CM.

Monday, August 08, 2011

GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-5

Singboy menang lagi tapi diberi tentangan sengit!

Dua hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan, pusingan kelima GAB Super Compact 2011 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Seperti pusingan-pusingan yang lalu, penyertaan penuh 20 kereta  untuk GAB Super Compact  menunjukkan kualiti dan kuantiti penyertaan dari pelumba-pelumba baru dan lama.
Meskipun begitu, menjelang hari perlumbaan, hanya 19 kereta yang dapat menghadirkan diri. Terdapat masalah teknikal yang melanda kereta yang ke 20.
Pada permulaan Heat 1, Zahid Latiff yang memandu kereta Hairil meluru laju memintas kesemua pelumba. Beliau mendahului sehingga pusingan ketiga bila kereta yang dipandunya mengalami masalah enjin yang kronik dan terpaksa menamatkan saingan perlumbaan.

Selepas pusingan ketiga, Logeswaran atau Singboy mendahului perlumbaan dengan diikuti rapat oleh Syazril Amri, Mohd Afiq dan Shahrul Muzamri (Bob Gomeh). Bob mengalami nasib malang apabila cermin hadapan kereta beliau pecah akibat hentakan batu yang melantun dari kereta lain di hadapan beliau. Catatan masa Bob 1:27.771 saat merupakan catatan masa terbaiknya dalam GAB Super Compact sehingga kini.

Tidak jauh dibelakang mereka pelumba yang tidak asing lagi iaitu  Roduwan Rashid (Chepot) sedang bersaing rapat dengan pendatang baru Gab Super Compact Mohd Lana Adha. Lana mempamerkan aksi perlumbaan yang amat baik meskipun ini merupakan perlumbaan pertama beliau. Masa terpantas yang dicatatkan Lana pada Heat 1 iaitu 1:29.825 saat memang dikategorikan antara yang kompetitif untuk GAB Super Compact. Lana memperbaiki catatan masa terbaiknya pada Heat 2 dengan masa 1:28.143 saat, tetapi terpaksa menamatkan saingan pada pusingan ketiga kerana masalah enjin.
Pada Heat 2, Singboy yang memulakan perlumbaan di petak pertama mendahului Amri dan mereka berdua saling bertukar kedudukan perlumbaan dalam sesi saingan yang rapat dan sengit. Afiq yang berada ditempat ketiga tidak begitu tergugat kedudukannya kerana Chepot yang berada di kedudukan keempat berada lebih 10 saat dibelakang.

Zul Zharif (cikgu) memaparkan peningkatan dalam perlumbaan beliau apabila berjaya mempamerkan aksi konsisten pada kedudukan kelima dan masa terpantas 1:31.035. Ditempat keenam Noor Zaharuthul (Kutoi) berjaya menamatkan perlumbaan walaupun mengalami masalah teknikal pada kotak gear.
Suasana pit GAB Super Compact

Peserta GAB Super Compact sibuk menyediakan kereta masing-masing sebelum perlumbaan.

Kedudukan tidak berubah sehingga pusingan akhir dimana Singboy berjaya mengekalkan rentak kemenangan ketiga beliau dalam perlumbaan Gab Super Compact  2011.

Nantikan pusingan ke-6 yang lebih menarik saingan GAB Super Compact 2011 pada 9hb September 2011!

CM.

Thursday, July 07, 2011

GAB Super Compact 2011 Rd 4 Heat 2


Rakaman perlumbaan pada pusingan ke-4 GAB Super Compact pada 11hb JUN yang lalu.

Friday, June 24, 2011

GAB Super Compact 2011 -Temuramah bersama Azian Tunang Kutoi


Azian tunang Kutoi telah datang ke Litar Antarabangsa Sepang pada 11hb JUN yang lalu semata-mata untuk menyaksikan dan memberikan sokongan kepada tunangan beliau berlumba dalam GAB Super Compact pusingan ke -4 yang lalu.

Friday, June 17, 2011

Pusingan ke-4 GAB Super Compact 2011- Lapuran perlumbaan

Walaupun ketiadaan juara bertahan K.Perajun pada pusingan kali ini (kerana ibu kepada T. Francis Xavier, tuan punya kereta, telah meninggal dunia), saingan dan aksi perlumbaan tetap memaparkan aksi-aksi mendebarkan.

Dari mula perlumbaan semasa pra kelayakan ('Heat' 1), Sing Boy (K.Logesvaran) telah mula mengalami masalah enjin. Walaupun begitu, beliau masih mampu untuk meletakkan kereta beliau pada kedudukan nombor satu untuk perlumbaan pusingan akhir ('Heat' 2).

Semasa 'Heat' 1, beberapa kereta telah mengalami masalah teknikal. Antaranya Shairazi Izhar, yang pernah menduduki tempat kedua pada pusingan pertama yang lalu. Pada awal permulaan, Shairazi dilihat mendahului pelumba-pelumba lain menuju ke selekoh pertama. Tetapi apabila perlumbaan memasuki pusingan kedua, kereta Razee mula perlahan dan seterusnya berhenti di selekoh yang pertama akibat kegagalan enjin keretanya berfungsi.

Kereta Hanizam Samsudin, yang dilihat mampu menduduki tiga tempat teratas pada sesi latihan, juga mengalami masalah teknikal. Hj.Zam tidak dapat meneruskan saingan akibat kerosakan yang kronik pada bahagian pemacu tayar depan.

Mohd Aizat, Amirul dan juga Anwar Punandir tidak dapat meneruskan saingan kerana kerosakan enjin.

Pada permulaan perlumbaan akhir ('Heat 2'), Mohd Afiq yang bermula di petak kedua meluru ke hadapan dengan permulaan yang baik sekali sehingga ke selekoh pertama, diekori rapat oleh Iskandar Fitri, Sing Boy, Roduwan Rashid dan Nor Zaharuthul.

Masuk pusingan kedua, Sing Boy telah memintas Afiq untuk mendahului perlumbaan, apabila kereta Kutoi (Nor Zaharuthul) pula mengalami kebocoran enjin dan memaksanya berhenti di selekoh pertama. Kereta Kutoi telah mengalami kebakaran di bahagian enjin, dan tindakan pantas beliau menggunakan pemadam api telah berjaya menyelamatkan kereta beliau dari dijilat api.

Perlumbaan dihentikan untuk memindahkan kereta Kutoi dan membersihkan minyak yang tumpah dari kereta Kutoi.

Setelah perlumbaan dimulakan kembali, Sing Boy, Afiq, Zahid latif (Hairil Anuar) sekali lagi bersaing menuju ke selekoh pertama diekori rapat oleh Yuszaidi (Ahmad Zambri), Muhammad Tarmizi, Roduwan dan Iskandar Fitri.

Iskandar Fitri telah terbabas dikala bersaing kedudukan dan menyebabkan beliau tercicir ke kedudukan di belakang. Sing Boy yang telah mendahului mula menjarakkan kedudukan dari Afiq dan Zahid yang bersaing ditempat kedua dan ketiga sehingga akhir perlumbaan.

Perlumbaan GAB Super Compact kali ini memang menyaksikan peningkatan kemampuan dikalangan pelumba-pelumba. Saingan juga bertambah sengit, dan para pelumba baru semakin memahami bahawa berlumba di litar memerlukan disiplin dan keyakinan diri yang tinggi, bukan bantuan teknologi semata-mata.

CM.

Thursday, June 16, 2011

Penyampaian Hadiah Pemenang GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-4


Majlis penyampaian hadiah kepada tiga pemenang utama GAB 2011 pusingan keempat pada 11hb JUN 2011 yang lalu di Litar Antarabangsa Sepang.

CM.

Sidang Akhbar GAB Super Compact 2011 Pusingan ke-4


Sidang Akhbar pemenang-pemenang GAB Super Compact 2011 pusingan ke-4.

CM.

Thursday, June 09, 2011

Temuramah eksklusif dengan Roduwan Rashid aka Chepot.


Temuramah ekslusif dengan Saudara Roduwan Rashid. Sedikit tentang latar belakang beliau dalam sukan lumba kereta di Malaysia, pandangan beliau tentang GAB Super Compact Saturday Night Fever serta pandangan dan nasihat berguna untuk pelumba-pelumba baru yang baru hendak menceburkan diri dalam siri perlumbaan GAB Super Compact Saturday Night Fever.

CM.

Tuesday, June 07, 2011

Budaya Ciplak

Teramat sedih bila difikirkan kenapa budaya ciplak semakin menular di Malaysia. Ini termasuklah dalam setiap bidang terutama bidang sukan permotoran. Compactmotorsports ini sebagai contoh, telah diciplak oleh individu tertentu yang menggunakan nama yang sama. Untuk menegakkan benang yang basah, kononnya untuk menyatukan. Bukankah apa yang mereka lakukan itu sebenarnya memecah-belahkan lagi?

Compactmotorsports ini, yang asal dan bermula dengan nama Forum Lumba Kompak, diilhamkan oleh penulis (Muhammad Jefri Bin Jamaludin) untuk menanamkan sukan berlumba dikalangan peminat-peminat kereta kompak semenjak tahun 2005. Dengan hasrat ini, memang niat untuk membantu kerajaan Malaysia memajukan sukan permotoran, dari akar umbi. Bukan untuk menaikkan nama individu tertentu atau nama penulis sendiri.

Walaupun mempunyai minat yang amat mendalam terhadap dunia perlumbaan kereta, penulis sedar di Malaysia hanya golongan tertentu yang mempunyai kemampuan sahaja yang mampu untuk berlumba secara professional. Dalam masa yang sama bakat-bakat terpendam yang wujud dikalangan rakyat Malaysia begitu ramai sekali.

Tetapi malangnya, hasrat murni, pengorbanan ikhlas penulis, telah diciplak dan di khianati oleh individu yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri. Penulis telah di perangkap dan dikhianati sebegitu licik sekali sehingga orang-orang yang sepatutnya dipercayai telah terpengaruh untuk mengkhianati perjuangan penulis.

Mengapa ciplak? Kerana ingin mengambil jalan mudah atas usaha dan idea orang lain untuk mendapat nama dan keuntungan cepat. Boleh diibaratkan menciplak hasil intelek orang lain sebagai lanun. Dalam kes compactmotorsports, lanun siber telah menciplak nama dan konsep compactmotorsports, untuk kepentingan individu tertentu. Begitu murah sekali harga diri mereka yang menciplak dan meniru ini.

Sesungguhnya menciplak itu ibarat mencuri, dan dosa mencuri itu hanya diampunkan oleh Allah SWT sekiranya yang menciplak menghentikan perbuatannya dan meminta maaf kepada yang punya idea. Janganlah ada hendaknya yang terpedaya dengan lanun penciplak.

CM.

Tuesday, May 24, 2011

Juara Sebenar - Bakat Berlumba atau Bantuan Teknologi?

Kebolehan seseorang pelumba diukur dari kebolehannya mengawal kereta lumbanya dan juga melaraskan kereta itu untuk setiap perlumbaan yang disertainya.

Walaupun tahap tertinggi perlumbaan iaitu Formula 1 telah memperkenalkan KERS ('Kinetic Energy Recovery System'), kebanyakan pelumba Formula 1 masih memilih untuk memenangi setiap perlumbaan tanpa menggunakan KERS.

Untuk perlumbaan Super Compact, bantuan teknologi seperti NOS, 'Scramble Boost, ' Traction Control' dan 'Launch Control' telah di haramkan sejak siri ini diperkenalkan lagi pada tahun 2006.

Contoh 'Sequential Boost Controller' dari HKS yang digunakan untuk 'Scramble Boost'

Selaras dengan tujuan untuk melahirkan juara yang berkualiti, siri perlumbaan Super Compact Championship mensasarkan keupayaan individu untuk belajar kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk berlumba secara kompetitif dari mula berlumba, bukannya belajar berlumba dengan bersandarkan kepada teknologi-teknologi yang boleh dibeli.

Kelahiran seorang juara yang berkualiti dari Super Compact Championship, seperti K.Perajun, akan memberi satu azam yang kuat dari setiap bakal pelumba Super Compact untuk menyaingi beliau, yang tidak disangkal mempunyai bakat semulajadi dalam perlumbaan kereta.

K.Perajun atau Perajun Krishnan, yang telah menjuarai siri perlumbaan Super Compact pada tahun 2006 dan 2007, telah berjaya mencipta nama dalam siri perlumbaan kereta yang lebih besar kapasitinya. Beliau juga tidak keberatan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelumba-pelumba baru untuk menjadi pelumba yang lebih handal dan boleh menjadi juara sepertinya.

Perlu diingat bahawa untuk menjadi seorang juara yang berkualiti, seseorang pelumba perlu mempunyai saingan berlumba yang menggunakan kereta-kereta lumba yang mempunyai keupayaan yang lebih kurang sama atau sama sepenuhnya. Dari sini kita boleh mengadili dengan lebih tepat lagi kualiti seseorang juara yang dihasilkan, samada bakat semulajadi, atau bakat yang dibeli.

CM.

Wednesday, April 27, 2011