The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Saturday, September 10, 2011

GAB Super Compact 2011.

GAB Super Compact tahun 2011 pada hakikatnya adalah tahun pengenalan dan persiapan untuk kejohanan taraf Kelab AAM untuk tahun depan, 2012. Terdapat banyak ketidaksamaan dan kelonggaran dari segi teknikal dan keupayaan enjin yang sengaja dibiarkan supaya para pendatang baru boleh belajar cara berlumba dengan lebih berkesan lagi.

Dari erti kata lain, tahun 2011 adalah untuk para pelumba GAB Super Compact yang baru untuk mempelajari selok-belok berlumba dengan memperbaiki kebolehan dan kemahiran berlumba, bukan menyandarkan kemenangan kepada keupayaan jentera.

Oleh itu, setiap pencapaian atau kedudukan yang dilihat sebagai "kemenangan" dalam setiap pusingan GAB Super Compact 2011 adalah dianggap sebagai pencapaian latihan atau keputusan tidak rasmi untuk Super Compact. Ini adalah kerana setiap jentera yang bertanding dalam GAB Super Compact tahun ini mempunyai keupayaan yang tidak sama, dan spesifikasi teknikal yang TIDAK membenarkan persaingan secara adil.

Tahap isipadu enjin yang berbeza, pengubahsuaian enjin bebas, pemakaian jenis tayar yang berbagai jenis termasuklah ada yang memakai tayar perlumbaan penuh ("full slick"), tidak menggambarkan saingan yang sebenar.

Sehingga peraturan baru Super Compact yang akan dikuat kuasakan bermula Januari 2012, yang banyak menyerupai kejohanan MSS Super Compact pada tahun 2006 dan 2007, sekali lagi ditegaskan disini bahawa pencapaian masa dan kemenangan dalam GAB Super Compact 2011 adalah berdasarkan latihan dan pengenalan semata-mata.

Harap Maklum.

CM.

No comments: