The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Tuesday, June 07, 2011

Budaya Ciplak

Teramat sedih bila difikirkan kenapa budaya ciplak semakin menular di Malaysia. Ini termasuklah dalam setiap bidang terutama bidang sukan permotoran. Compactmotorsports ini sebagai contoh, telah diciplak oleh individu tertentu yang menggunakan nama yang sama. Untuk menegakkan benang yang basah, kononnya untuk menyatukan. Bukankah apa yang mereka lakukan itu sebenarnya memecah-belahkan lagi?

Compactmotorsports ini, yang asal dan bermula dengan nama Forum Lumba Kompak, diilhamkan oleh penulis (Muhammad Jefri Bin Jamaludin) untuk menanamkan sukan berlumba dikalangan peminat-peminat kereta kompak semenjak tahun 2005. Dengan hasrat ini, memang niat untuk membantu kerajaan Malaysia memajukan sukan permotoran, dari akar umbi. Bukan untuk menaikkan nama individu tertentu atau nama penulis sendiri.

Walaupun mempunyai minat yang amat mendalam terhadap dunia perlumbaan kereta, penulis sedar di Malaysia hanya golongan tertentu yang mempunyai kemampuan sahaja yang mampu untuk berlumba secara professional. Dalam masa yang sama bakat-bakat terpendam yang wujud dikalangan rakyat Malaysia begitu ramai sekali.

Tetapi malangnya, hasrat murni, pengorbanan ikhlas penulis, telah diciplak dan di khianati oleh individu yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri. Penulis telah di perangkap dan dikhianati sebegitu licik sekali sehingga orang-orang yang sepatutnya dipercayai telah terpengaruh untuk mengkhianati perjuangan penulis.

Mengapa ciplak? Kerana ingin mengambil jalan mudah atas usaha dan idea orang lain untuk mendapat nama dan keuntungan cepat. Boleh diibaratkan menciplak hasil intelek orang lain sebagai lanun. Dalam kes compactmotorsports, lanun siber telah menciplak nama dan konsep compactmotorsports, untuk kepentingan individu tertentu. Begitu murah sekali harga diri mereka yang menciplak dan meniru ini.

Sesungguhnya menciplak itu ibarat mencuri, dan dosa mencuri itu hanya diampunkan oleh Allah SWT sekiranya yang menciplak menghentikan perbuatannya dan meminta maaf kepada yang punya idea. Janganlah ada hendaknya yang terpedaya dengan lanun penciplak.

CM.

No comments: