The original and official compactmotorsports.

Due to unavoidable circumstances

Thursday, April 21, 2011

GAB Super Compact 2011 Pusingan ketiga.

Tinggal dua hari saja lagi sebelum pusingan ketiga GAB Super Compact 2011 akan bermula. Kehangatan bahang dan suhu bengkel-bengkel, para pelumba dan kumpulan masing-masing jelas terasa meningkat sekali ganda.

Kalau pergi jenguk sekarang, anda akan dapat perhatikan betapa seriusnya para pelumba GAB Super Compact mempersiapkan kenderaan masing-masing.

Tidur lewat malam sampai ke pagi sehingga hari perlumbaan adalah perkara biasa. Darah memang senang menyirap, kalau ada sikit pun kesalahan.

GAB Super Compact pusingan pertama
Diharap para pelumba dapat menenangkan diri masing-masing, dapatkan rehat yang cukup, terutama sekali kalau nak cabar Perajun (Perajun Krishnan). Tapi sekarang bukan setakat Perajun, ada lagi dua atau tiga orang yang anda kena ambil kira sebelum dapat kejar Perajun!

Yang penting bila kita berlumba dalam GAB Super Compact ni, kita mesti 'enjoy', jangan terlampau fikirkan soal kemenangan. Tahun pertama adalah tahun untuk belajar selok-belok perlumbaan dilitar.

Para peminat dan penyokong, jangan lupa datang ke Litar Sepang malam Sabtu ini 23hb APRIL untuk menyaksikan kehebatan pelumba-pelumba GAB Super Compact. Anda tidak akan hampa!

CM.

1 comment:

Defender 300Tdi said...

rasa takut pulak aku kali nie bila dgr ramai upgrade kereta gile2.. haha.. tp yang penting enjoy and behave atas track nnt.. kepada yang berhasrat kejar Perajun.. do it clean yaa.. enjoyyy..